TIPS BELI RUMAH SUBSALE

Buat pembeli rumah pertama yang ingin membeli rumah subsale, APA yang perlu dilakukan? dokumen apa yang perlu disediakan supaya mudah lulus pinjaman?

Kami kongsikan sedikit tips mudah yang perlu anda tahu untuk membeli rumah sekunder atau dikenali dengan "subsale" . Sekiranya ada soalan yang ingin ditanya, boleh hubungi kami ditalian KLIK DISINI

TIPS 1 : DOKUMEN PENTING

1. Anda perlu menyediakan dokumentasi lengkap untuk menyemak kelayakan pinjaman dengan pihak bank atau LPPSA untuk sektor awam.
2. Semak laporan CCRIS dan CTOS
3. Jika anda tidak faham atau tiada masa untuk ke bank/LPPSA, hubungi ejen hartanah dan mereka akan bantu untuk semak kelayakan pinjaman.

LANGKAH 2 : SURVEY HARGA & BUAT SENARAI HARTANAH

1. Mulakan carian di saluran pengiklanan portal hartanah
2. Cari hartanah yang sesuai dengan bajet dan kelayakan pinjaman. Pilih hartanah yang bersesuaian dari segi harga dan lokasi. Sama ada untuk tinggal sendiri atau disewakan.
3. Ambil tahu berapa kos yang perlu disediakan awal seperti bayaran ;
  • Earnest Deposit (ED) atau Booking
  • Bayaran Peguam
  • dan kos-kos lain

LANGKAH KE 3 : BUAT TEMU JANJI "VIEWING" & RUNDING HARGA

1. Hubungi pemilik atau ejen hartanah yang dilantik untuk sesi temujanji "viewing".
2. Sesi "viewing" adalah masa untuk anda melihat sendiri hartanah tersebut.
3. Tandatangan surat atau borang persetujuan untuk membeli hartanah dan membayar ED.

LANGKAH 4: PINJAMAN & URUSAN PEGUAM

1. Urusan pinjaman bank dan guaman diuruskan oleh anda sendiri. Tetapi sekiranya anda membeli mengunakan khidmat ejen hartanah, semuanya akan diuruskan.
2. Anda hanya perlu menyediakan dokumen yang diminta Bank dan Peguam.
3. Pastikan anda kerap "follow up" peguam dilantik untuk memastikan supaya kes berjalan lancar sehingga selesai.